BOLA BALING
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar
dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah
padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang
pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal
permainan.
GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN PADANG/GELANGGANG (KAWASAN
PERMAINAN)
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang
yang digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang
bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan
berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar
di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama
luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan
kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan
percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol.
Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan
gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah
garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran
pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter.
Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran
selebar 5 cm.
BOLA
Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau
getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap
kategori pemain adalah seperti berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3.
Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja
lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375
g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm
3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja
lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g.
Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.
Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan
oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam
sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab
tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF
(Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.
TIANG GOL
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol.
Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya
2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang
panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik
yang serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian
lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.
PEMAIN DAN PAKAIAN
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri
daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut
biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam)
kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada
pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat
yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap
pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang
pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai
jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk
penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain
gelanggang.
KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Mengelecek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol
No comments:
Post a Comment